Friday 23 October 2015

PLBD SABAH 2015

Alhamdulillah. Yang dirancang telah dapat direalisasikan. Pada 13 - 16 Oktober 2015, PPKIBP Sekolah Tengku Budriah telah berjaya melaksanakan dengan jayanya aktiviti Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) Sabah 2015. Aktiviti yang telah dirancang sejak 2014 ini telah dapat disempurnakan hasil dorongan pentadbir sekolah, kerjasama guru-guru PPKIBP serta PPM. Rombongan PPKIBP STB seramai 22 orang telah melawat beberapa kawasan di Sabah seperti Kundasang, Likas serta Kota Kinabalu.