Wednesday 25 January 2012

Perjumpaan Pengakap Kali Pertama

Perjumpaan Badan Beruniform Pengakap PPKIBP Sekolah Tengku Budriah yang pertama telah diadakan pada 11 Januari 2012 bertempat di bilik M pada jam 12:45 tengah hari. Perjumpaan tersebut telah dikendalikan oleh Cikgu Mohd Zulkifli bin Tahir selaku guru pembimbing dan dibantu oleh guru-guru lain.


Untuk tahun ini, seramai 28 orang murid telah dipilih untuk menyertai badan beruniform ini. 3 kumpulan telah dibentuk dan tema serangga telah dipilih sebagai nama setiap kumpulan.


Ketua sekawan kerengga, Syed Muzhaffar sedang membentangkan nama serta ahli-ahli dalam sekawan kerengga.
Sekawan kerengga selepas selesai pembentangan. Bangga bersama logo sekawan mereka.


Ketua sekawan rama-rama, Muhammad Shah Riezal sedang memperkenalkan nama serta ahli dalam sekawan dengan bersungguh-sungguh.
Sekawan rama-rama bersama logo sekawan yang telah mereka hasilkan.


Siti Nur Najwa selaku ketua bagi sekawan pepatung sedang melakukan pembentangan.  

Wajah-wajah ceria sekawan pepatung.

Perjumpaan kali pertama ini telah ditangguhkan pada jam 1:15 petang.

Monday 23 January 2012

Sejarah Penubuhan PPKIBP Sekolah Tengku Budriah


Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) Sekolah Tengku Budriah mula beroperasi pada tahun 2003. Program ini telah diasaskan oleh Puan Junaidah binti Abdullah yang kini merupakan Penyelia Pendidikan Khas di Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perlis. Program yang bermula dengan 2 orang guru dan 12 orang murid ini merupakan program yang kedua dibuka di Negeri Perlis.


Pada tahun 2004, Proses Pengajaran dan Pembelajaran mula dijalankan mengikut kaedah stesen. Pada Januari 2005, Pra PPKIBP Sekolah Tengku Budriah ditubuhkan dengan 1 orang guru dan 1 Pembantu  Pengurusan Murid (PPM) dengan 6 orang murid. 









Kini pada tahun 2012, kekuatan anggota di PPKIBP Sekolah Tengku Budriah adalah seperti berikut:

Penolong Kanan PPKIBP
1 orang
Guru PPKIBP
9 orang
Guru Pra PPKIBP
1 orang
Pembantu Pengurusan Murid PPKIBP
4 orang
Pembantu Pengurusan Murid Pra PPKIBP     
1 orang
Murid PPKIBP
36 orang
Murid Pra PPKIBP
3 orang


Friday 6 January 2012

SELAMAT DATANG 2012

Sesi persekolahan bagi tahun 2012 telah dibuka pada 4 Januari 2012. Untuk tahun 2012, kelas PPKIBP Sekolah Tengku Budriah telah menerima seramai 8 orang murid baru termasuk 2 orang murid Pra Sekolah PPKIBP di samping 29 orang murid lama yang menjadikan jumlah keseluruhan murid di PPKIBP Sekolah Tengku Budriah adalah seramai 39 orang.


Wajah-wajah ceria di hari pertama persekolahan.



Murid-murid sedang dibahagikan mengikut kelas masing-masing

Master Raweewit Chardennsuk. Satu-satunya pelajar berbangsa Cina di PPKIBP Sekolah Tengku Budriah