Saturday 11 February 2012

Sambutan Hari Lahir Puan Norazlina

Majlis sambutan hari lahir Puan Norazlina telah diadakan pada 10 Februari 2012. Majlis yang diadakan serba ringkas itu dihadiri oleh semua guru dan PPM PPKIBP Sekolah Tengku Budriah. Kepada Puan Norazlina, selamat menyambut hari lahir yang ke 31. Semoga terus berkhidmat dengan cemerlang.


Birthday girl sedang memotong kek sebagai tanda memasuki tahun ke 31.


Memang sedap...Kurang sesuai untuk orang yang sedang berdiet :)

Wednesday 1 February 2012

Perjumpaan Pengakap Kali Ke 2

Persembahan dari sekawan kerengga di bawah pimpinan Teacher Rahayu. Memang hebat.

 Persembahan yang mantap dari sekawan rama-rama yang dipimpin oleh Cikgu Fadli. Memang tiada tandingan.

Aksi dari sekawan pepatung yang dipimpin oleh Cikgu Zul. Sangat bersemangat.

Sedang asyik menyaksikan persembahan rakan-rakan mereka.

Perjumpaan Ibu Bapa/Waris Kali Pertama

Guru Besar Sekolah Tengku Budriah, Tn. Hj. Rosle bin Ishak sedang menyampaikan kata-kata aluan.


Cikgu Fadli bersama Puan Rozita dan Puan Baizurah sedang bertugas di kaunter pendaftaran merangkap penyambut tetamu pada majlis tersebut.


Penolong Kanan PPKIBP STB, Puan Rodziah bt Chin sedang menyampaikan maklumat serta perancangan tahunan kepada ibubapa dan waris yang hadir.


















Sebahagian dari ibubapa dan waris yang hadir sekaligus membuktikan bahawa mereka sangat komited dan mengambil berat berkenaan perkembangan anak masing-masing.