Saturday 10 March 2012

Perjumpaan Kelab Kemahiran Hidup Kali Pertama

Pada 29 Februari 2012, telah diadakan perjumpaan Kelab Kemahiran Hidup bagi kelas PPKIBP STB. Perjumpaan kali pertama itu bermula pada jam 12:15 tengahari bertempat di bilik M di bawah kelolaan Cikgu Mohamad Fadli dan Cikgu Huzaimah selaku guru matapelajaran Kemahiran Hidup sambil dibantu oleh oleh guru-guru PPKIBP lain. Untuk perjumpaan kali pertama ini, murid-murid diterangkan berkenaan aktiviti yang telah dirancang iaitu projek pemasangan laci kecil.

Murid-murid berkumpul mengikut kelas masing-masing sebelum dipecahkan kepada kumpulan kecil.

Cikgu Fadli sedang memberi penerangan berhubung aktiviti yang bakal dilaksanakan pada hari ini.



Cikgu Fadli dan Cikgu Huzaimah sedang tekun melakukan persiapan sebelum memulakan aktiviti.

Kumpulan kecil di bawah seliaan Cikgu Fariha       
Perjumpaan Kelab Kemahiran Hidup kali pertama ini telah ditangguhkan pada jam 1:15 petang.