Thursday 7 June 2012

Merentas Desa 2012

Pada 26 April 2012, Sekolah Tengku Budriah telah menganjurkan Merentas Desa 2012 yang merupakan acara tahunan dalam kalendar aktiviti kokurikulum sekolah. Murid-murid PPKIBP STB tidak ketinggalan untuk turut serta dalam acara ini. Seramai 20 orang murid telah dipilih menyertai acara tahunan ini. Biarpun tidak mampu memberikan saingan kepada murid-murid arus perdana tetapi mereka tetap berusaha hingga ke garisan penamat. Syabas buat semua murid-murid PPKIBP.