Saturday 21 March 2015

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA PERASMIAAN BANGUNAN WARISAN

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan persediaan yang perlu dilaksanakan sempena upacara perasmian bangunan warisan yang pada ketika ini dijadikan stesen pembelajaran bagi kelas PPKIBP. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YDP PIBG, Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru PPKIBP serta En. Hakim Khan, Pegawai Perhubungan dari Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. Upacara perasmian dijangka berlangsung pada 26 Mac 2015 dan bakal dirasmikan oleh DYTM Tuanku Lailatul Shahreen Akashah, Raja Puan Muda Perlis. Semoga segala yang dirancang akan berlangsung dengan lancar.













No comments:

Post a Comment